GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN 23 JULAI 2011 Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan 2011 Uuntuk Anak-Anak Asnaf

Cetak PDF

 

DSC_0887

Penyerahan Replika Cek dari Puan Noor Hasma kepada Dato’ Mohd Kamil berjumlah  RM113,062.40         

GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN – 23 Julai 2011, Satu Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan (SRA) 2011 peringkat Negeri Sembilan telah diadakan di Dewan Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sembilan, Gemencheh anjuran Yayasan Taqwa (MAIWP) dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Tampin. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Mohd Kamil Bin Haji Abd Aziz, ADUN kawasan Gemencheh. Majlis tersebut turut diserikan lagi dengan kehadiran hampir 1,000 orang tetamu dari pelbagai lapisan. Yayasan Taqwa (MAIWP) diwakili oleh Y.Bhg Puan Noor Hasma Binti Haron, Pengurus Kewangan dan Sumber Am. Bagi Program Penyampaian Sumbangan Persekolahan 2011 Peringkat Negeri Sembilan pada kali ini sahaja Yayasan Taqwa (MAIWP) telah memperuntukkan sumbangan peralatan persekolahan bernilai RM221.20 dan wang saku berjumlah RM 100 seorang untuk diagihkan kepada 352 orang pelajar asnaf di sekitar kawasan Tampin. Oleh yang demikian sejumlah hampir RM113,062.40 telah diperuntukkan untuk Program Penyampaian Sumbangan Persekolahan 2011 Peringkat Negeri Sembilan pada kali ini. Antara tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi galakan dan dorongan serta membantu anak-anak yang kurang berkemampuan tersebut agar mendapat pendidikan agama yang sempurna dan lebih baik dari masa ke semasa. Sumbangan yang dikeluarkan oleh Yayasan Taqwa (MAIWP) ini datangnya dari sumber wang zakat Baitulmal MAIWP (yang dipungut oleh Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).Walaupun berada di pertengahan tahun namun keperluan persekolahan ini tetap boleh digunakan sepanjang masa. Semoga usaha murni sebegini akan meningkatkan lagi jumlah kutipan zakat Wilayah Persekutuan dari semasa ke semasa.

DSC_0890                      DSC_0896

YB Dato’ Mohd Kamil bersama-sama Puan Noor Hasma Binti Haron menyampaikan peralatan sekolah  dan wang tunai kepada anak-anak asnaf

DSC_0796

Majlis tersebut turut diserikan lagi dengan kehadiran hampir 1,000 orang tetamu dari pelbagai lapisan.

DSC_0850 DSC_0827

Diantara ibu bapa yang hadir memeriahkan lagi program

Sebahagian pelajar/ anak-anak asnaf yang menerima bantuan persekolahan