SUNGAI BESAR, SELANGOR – 25 Jun 2011 Satu Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan (SRA) 2011 peringkat Negeri Selangor telah diadakan di Dewan Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang, Sekinchan Selangor anjuran Yayasan Taqwa (MAIWP) dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam dan Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Puan Hajjah Noriah binti Kasnon, Timbalan Menteri,
![]() |
|
Y.Bhg Puan Sri Datin Seri Rajmin binti Rashid menyerahkan replika cek kepada
YB Puan Hajjah Noriah binti Kasnon, Timbalan Menteri, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
|
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air merangkap Ahli Parlimen Sungai Besar, Selangor. Majlis tersebut turut diserikan lagi dengan kehadiran hampir 1,500 orang tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk jemputan khas terdiri dari Y.Bhg Puan Sri Datin Seri Rajmin binti Rashid, Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa (MAIWP), Tuan Haji Ahmad Ayob Bin Haji Ibrahim, Pengurus Besar Yayasan Taqwa (MAIWP) dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.
Bagi Program Penyampaian Sumbangan Persekolahan (SRA) 2011 Peringkat Negeri Selangor pada kali ini sahaja Yayasan Taqwa (MAIWP) telah memperuntukkan sumbangan peralatan persekolahan bernilai RM221.20 dan wang saku berjumlah RM 100 seorang untuk diagihkan kepada 552 orang pelajar asnaf di sekitar Sabak Bernam.
Oleh yang demikian sejumlah hampir RM177,302.40 telah diperuntukkan untuk Program Penyampaian Sumbangan Persekolahan (SRA) 2011 Peringkat Negeri Selangor pada kali ini. Antara tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi galakan dan dorongan serta membantu anak-anak yang kurang berkemampuan tersebut agar mendapat pendidikan agama yang sempurna dan lebih baik dari masa ke semasa.
Sumbangan yang dikeluarkan oleh Yayasan Taqwa (MAIWP) ini datangnya dari sumber wang zakat Baitulmal MAIWP (yang dipungut oleh Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Walaupun berada di pertengahan tahun namun keperluan persekolahan ini tetap boleh digunakan sepanjang masa. Semoga usaha murni sebegini akan meningkatkan lagi jumlah kutipan zakat Wilayah Persekutuan dari semasa ke semasa.
![]() |
|
|
YB Puan Hajjah Noriah binti Kasnon menyampaikan peralatan persekolahan
kepada anak-anak asnaf yang disaksikan oleh
Y.Bhg Puan Sri Datin Seri Rajmin binti Rashid dan Tuan Haji Ahmad Ayob Bin Haji Ibrahim
|
Penyerahan Wang tunai RM100.00 bagi setiap seorang
penerima yang disampaikan oleh Y.Bhg Puan Sri Datin Seri Rajmin binti Rashid
|
![]() |
![]() |
|
Diantara waris pelajar-pelajar yang hadir turut memeriahkan majlis
|
Sebahagian anak-anak asnaf yang menerima bantuan
|