|
|
|
Penyerahan replika cek yang disampaikan oleh Y.B Tuan Haji Shahabudin b. Yahaya
Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri mewakili Y.B. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir B. Hj. Baharom (B) kepada YAB Datuk Seri Mohd Ali B. Rustam Ketua Menteri Melak
|
Antara tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi semangat, kelegaan dan sedikit keceriaan kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk sama merasa sebagaimana rakan pelajar yang lain dan sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga sempena musim persekolahan yang telah berjalan bagi sesi 2011 ini.
Sumbangan yang dikeluarkan oleh Yayasan Taqwa (MAIWP) ini datangnya daripada wang zakat Baitulmal MAIWP (yang dipungut oleh Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Ini juga sebahagian daripada jelajah pihak Yayasan Taqwa (MAIWP) dalam melaksanakan programnya di seluruh negara. Selain itu, ia juga adalah sebahagian usaha, fungsi dan tanggungjawab Yayasan Taqwa (MAIWP) sebagai institusi yang menjalankan program/aktiviti yang dapat memberi manfaat maksimum kepada semua termasuk golongan asnaf yang memerlukan terutama di luar Wilayah Persekutuan.Mudah-mudahan dengan sumbangan kecil yang telah dihulurkan ini sedikit sebanyak mampu melahirkan generasi Islam yang prihatin pada masa akan datang yang cintakan ilmu pengetahuan tanpa mengira kedudukan, harta, pangkat dan sebagainya.
Adalah diharapkan melalui usaha ini, secara tidak langsung akan turut menyemarak semangat para pembayar zakat untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing, agar jumlah kutipan zakat di Wilayah Persekutuan akan turut bertambah dari semasa ke semasa demi menjaga kemaslahatan ummah bersama.
|
YAB Datuk Seri Mohd Ali B. Rustam menyampaikan sumbangan peralatan dan pakaian persekolahan kepada para penerima bantuan. |
Sumbangan wang tunai daripada Yayasan Taqwa yang disampaikan oleh
Datuk Md Sirat Bin Abu kepada para pelajar
|
|
Diantara waris dan penerima sumbangan yang hadir. |