Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan Dan Aidilfitri Di Pulau Berhala, Sabah

Cetak PDF

SANDAKAN – 2 September. Seramai 215 orang murid-murid yang kurang berkemampuan di sekitar Pulau Berhala, Sandakan, Sabah telah menerima sumbangan berupa kelengkapan asas sekolah agama dengan nilai RM245.80 setiap seorang serta wang tunai. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Y.Bhg. Dato’ Mohamed Iqbal Bin Kuppapitchai Rawther, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa (MAIWP) bersama Y.Bhg. Laksamana Madya Dato’ Jamil Bin Osman Panglima Angkatan Bersama. Turut hadir, Y. Bhg. Tuan Haji Ahmad Ayob Bin Haji Ibrahim, Pengurus Besar, Yayasan Taqwa (MAIWP) dan dif-dif jemputan yang lain.

Antara tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi galakan dan dorongan serta membantu anak-anak yang kurang berkemampuan agar mendapat pendidikan agama yang sempurna dan lebih baik dari semasa ke semasa.

Turut menerima sumbangan pada majlis ini adalah penduduk-penduduk kampung, serta pihak jawatankuasa surau di sekitar Pulau Berhala bersempena dengan bulan Ramadhan al-Mubarak. Sumbangan yang keseluruhannya bernilai RM95,847.00 adalah berbentuk Wang Tunai, Tafsir al-Quran, Buku-Buku Agama, Sejadah, Buah Kurma dan Hamper. Sumbangan yang dikeluarkan oleh Yayasan Taqwa (MAIWP) ini datangnya daripada sumber wang zakat Baitulmal MAIWP (yang dipungut oleh Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Ini juga sebahagian daripada jelajah pihak Yayasan Taqwa (MAIWP) dalam melaksanakan program dakwahnya, selain itu ia adalah sebahagian usaha, fungsi dan tanggungjawab Yayasan Taqwa (MAIWP) sebagai institusi yang menjalankan program/aktiviti yang dapat memberi manfaat maksimum kepada semua termasuk golongan asnaf yang memerlukan terutama di luar Wilayah Persekutuan. Semoga usaha murni sebegini menyemarakkan lagi semangat pembayar zakat dan jumlah kutipan zakat di Wilayah Persekutuan akan bertambah dari semasa ke semasa.

 

 


Ketibaan Y.Bhg. Dato’ Mohamed Iqbal Bin Kuppapitchai Rawther, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa (MAIWP) bersama Y.Bhg. Laksamana Madya Dato’ Jamil Bin Osman Panglima Angkatan Bersama di Kem tentera Pulau Barhala, Sabah.


Y.Bhg. Dato’ Mohamed Iqbal Bin Kuppapitchai Rawther menyampaikan sumbangan kepada anggota tentera.

 

Penyampaian sumbangan kepada pelajar sekolah disampaikan oleh Y.Bhg. Dato’ Mohamed Iqbal Bin Kuppapitchai Rawther

Penyampaian Replika cek kepada ketua kampung di Pulau Barhala, Sabah.

Pelajar-pelajar yang menerima bantuan.

Pelajar-pelajar yang menerima bantuan.