Program Ceramah & Motivasi Mahasiswa Universiti Malaya 2012

Cetak PDF

Yayasan Taqwa (MAIWP) dengan kerjasama Baitulmal-MAIWP dan Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Universiti Malaya telah mengadakan Program Ceramah & Motivasi 2012 yang telah berlangsung pada 23 Jun 2012 baru-baru ini.

 

Majlis Perasmian Program tersebut telah disempurnakan oleh En. Muhamad Faizal b. A. Rauf, Ketua Unit Operasi & Teknikal mewakili Tuan Hj. Ahmad Ayob b. Hj. Ibrahim, Pengurus Besar Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan (MAIWP). Hadir bersama pada program tersebut ialah Dr. Faisal b. Ahmad Shah, Ketua Jabatan al-Quran dan al-Hadith.

 

Program ini telah dihadiri seramai 120 orang pelajar termasuk para pensyarah dari Universiti Malaya. Pada malam perasmian tersebut, Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM5,000.00 bagi melancarkan program ceramah dan motivasi tersebut.

 

Program ini bertujuan meningkatkan rasa cinta dan memotivasikan diri para pelajar untuk menuntut ilmu terutama dalam bidang pendidikan berteraskan agama dengan lebih baik lagi serta mengukuhkan hubungan silaturrahim di kalangan masyarakat Islam setempat tanpa mengira darjat dan kedudukan. Antara lain juga memperlihatkan keindahan Islam yang sebenar kepada mereka bahawa masyarakat Islam harus bersatu-padu dan tolong-menolong antara satu dengan yang lain. Selain itu juga ianya memangkin rasa kasih sesama Islam untuk membangunkan Agama Islam secara bersama.

 

Semoga dengan adanya program seperti ini dapat memberi banyak faedah dan kebaikan kepada semua pihak khususnya masyarakat Islam yang kurang berkemampuan dalam membangunkan Islam dengan lebih baik lagi melalui sumbangan yang telah dihulurkan oleh Yayasan Taqwa (MAIWP) kepada mereka.

 

DSC_1551    DSC_1568    DSC_1696
En. Muhamad Faizal, Ketua Unit Operasi & Teknikal,
mewakili Tuan Hj. Ahmad Ayob, Pengurus Besar
Yayasan Taqwa W.P, menyampaikan kata-kata aluan
dan merasmikan program tersebut
Sumbangan dari Yayasan Taqwa Kepada Jabatan 
Al-Quran dan Al-Hadith, Universiti Malaya
Tekun para pelajar kata-kata motivasi
dari En Muhamad Faizal
DSC_1698    DSC_1717    DSC_1729
En Muhamad Faizal yang menyampaikan 10 kunci
kejayaan yang diterbitkan oleh Pengurus Besar
Yayasan Taqwa W.P
Soal jawab diantara pelajar bersama
En Muhamad Faizal