16 JUN 2012 : Buat julung-julung kalinya, Yayasan Taqwa (MAIWP) telah berjaya menganjurkan satu Forum Perdana Bicara Ad-Din bertajuk Madu atau Racun bertempat di Masjid Kampung Sungai Acheh, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Usaha murni ini telah dibantu oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Pulau Pinang.
Forum ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dato’ Haji Zainal Abidin Bin Haji Osman, Penasihat Khas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Turut hadir memeriahkan forum ini Y.Bhg Dr Haji Muhammad Yamin Bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa (MAIWP), Puan Hajah Siti Rohani Binti Ahmad, Pengarah AADK Negeri Pulau Pinang, Tuan Haji Ahmad Ayob Bin Haji Ibrahim, Pengurus Besar Yayasan Taqwa (MAIWP) serta pemimpin-pemimpin masayarakat setempat.
Antara ahli panel yang dijemput khas mengupas isu ini adalah Ustaz Mizra Helmi Bin Abu Bakar, Penolong Pengarah JAKIM dan Ustaz Mohd Abd Hadi Bin Ismail, Pengarah Urusan Hijrah Minda Consultant sementara moderator adalah Ustaz Haji Irwan Aswandi Bin Asahaari daripada BAKA IPK Pulau Pinang. Forum Perdana yang dianjurkan ini amat-amat mendapat sambutan daripada semua lapisan pihak. Antara objektif utama forum ini diadakan adalah bertujuan bagi memberi kesedaran tentang mudarat najis dadah dan kesannya terhadap masyarakat serta memupuk budaya prihatin di kalangan masyarakat itu sendiri terhadap mereka yang telah terjebak dengan gejala yang tidak sihat ini. Adalah diharapkan dengan adanya forum seperti ini sedikit sebanyak meninggalkan kesan yang positif kepada masyarakat terutamanya keluarga penagih itu sendiri.
|
Tuan Hj. Ayob ramah mesra bersama penduduk
Kg. Sg. Acheh
|
Majlis tahlil sebelum waktu maghrib | |||
| Solat maghrib berjemaah | Jamuan makan selepas solat maghrib | Bacaan doa sebelum Forum bermula | ||
|
Dr. Yamin, CEO Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan, memberi kata aluan sebagai
penganjur program
|
||||
|
Forum perdana bicara Ad-Din yang dihuraikan oleh
2 ahli panel iaitu Ustaz Mizra Helmi b. Abu Bakar
(JAKIM) dan Ustaz Mohd Abd Hadi b. Ismail
(Hijrah Minda Consultant)
|
||