24-26 Mei : Yayasan Taqwa (MAIWP) di bawah Unit Dakwah dan Tugas-tugas Khas telah berjaya mengadakan satu program jatidiri remaja Islam yang dinamakan sebagai Program Insan Taqwa (PINTA) 2012 di Akademi Kepimpinan GPMS Negeri Terengganu, Batu Rakit. Program PINTA 2012 ini diadakan dengan kerjasama YADIM Zon Timur, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini melibatkan 192 orang pelajar-pelajar terpilih daripada sekolah-sekolah menengah di kawasan Daerah Hulu Terengganu. Program ini juga telah dibantu oleh Fasilitator daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa) dan kaunselor-kaunselor daripada Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu.
Tujuan program ini diadakan adalah dengan harapan ingin melihat anak bangsa Melayu Islam tidak terus hanyut dibuai gejala sosial yang bergerak seiring dengan kemodenan semasa. Justeru itu, pelbagai pengisian berbentuk kerohanian telah diterapkan sepenuhnya di dalam PINTA 2012 ini seperti ceramah, tazkirah, qiamullail dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang bertujuan membina kembali sakhsiah pelajar-pelajar berkenaan. Turut menyampaikan ceramah mengisi pengisian PINTA 2012 adalah Pengurus Besar Yayasan Taqwa (MAIWP) sendiri, Tuan Haji Ahmad Ayob Bin Haji Ibrahim.
Majlis Penutup PINTA 2012 telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato’ Haji Mustafa Bin Abd Rahman, Pengerusi Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa (MAIWP). Turut hadir sama memeriahkan Majlis Penutup tersebut adalah Tuan Haji Shafruddin Bin Haji Ali Hussin, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, Tuan Haji Mahadi Bin Awang, Pengarah YADIM Zon Timur, Tuan Haji Wan Embong Bin Wan Ngah, Wakil Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dan Mejar (K) Rosli Bin Kari@Zakaria, Ketua Eksekutif Institut Profesional Baitulmal. Dalam ucapan penutupnya, Y.Bhg Dato’ Haji Mustafa Bin Abd Rahman sempat berpesan kepada peserta-peserta agar bijak menggunakan peluang menuntut ilmu yang ada sekarang dengan sebaik mungkin agar tidak menyesal satu hari nanti. Beliau juga berharap agar program seumpama ini dapat dilakukan secara konsisten bagi memberikan kesedaran kepada anak bangsa agar tidak terus hanyut.
| Diantara pengisian kerohanian dalam program |
| |
||||
|
Tuan Haji Ahmad Ayob Bin Haji Ibrahim,
Pengurus Besar Yayasan Taqwa W.P - MAIWP
memberikan suntikan semangat kepada peserta
dengan 10 kunci kecemerlangan
|
Diantara peserta yang tekun mendengar
ceramah motivasi
|
Tuan Haji Mahadi Bin Awang,
Pengarah YADIM Zon Timur
menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk
Sauh Kehidupan
|
||
|
Slot khas bersama Ikon-
Mejar (K) Rosli Bin Kari @ Zakaria,
Ketua Eksekutif Institut Profesional Baitulmal
|
Diantara peserta yang tekun mendengar motivasi
yang disampaikan
|
Perasmian penutup yang disempurnakan oleh
Y. Bhg. Dato Hj. Mustafa Bin Abd. Rahman,
Pengerusi PPZ-MAIWP merangkap Ahli Lembaga
Pemegang Amanah Yayasan Tawqa- MAIWP
|
| Ppenyampaian sijil kepada wakil peserta | Turut menerima hadiah bagi kumpulan terbaik |
para peserta gembira menerima sijil penyertaan dan
hadiah bagi kumpulan yang terbaik
|