21 SEPT KUALA TAHAN – Sejumlah 40 buah keluarga telah menerima sumbangan daripada Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan (MAIWP). Sumbangan tersebut adalah berupa wang tunai RM50.00 dan hamper barangan makanan asas yang berjumlah RM50.00 bagi setiap keluarga. Jumlah keseluruhan sumbangan dan belanja program tersebut adalah berjumlah RM30,000.00 di mana ianya juga digunakan untuk tujuan kenduri rakyat, belanja pengurusan, teknikal, hadiah sukaneka dan sebagainya. Seramai 25 orang pelajar tadika Kg. Sg. Kuching pula turut menerima sumbangan beg sekolah dan telah disampaikan oleh Y.Bhg Datuk Hj. Che Mat B. Che Ali selaku Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersama dengan Pengurus Besar Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan (MAIWP) iaitu Y.Bhg Tuan Hj. Ahmad Ayob B. Hj. Ibrahim.
|
Ketibaan tetamu kehormat Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI) – Y.Bhg. Datuk Che Mat Bin Che Ali |
Antara agensi-agensi lain yang turut hadir adalah seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan (MAIWP), Pejabat Agama Islam Daerah Jerantut, Penggerak Masyarakat Orang Asli Pahang Klinik Kesihatan Daerah Jerantut dan Jabatan Kemajuan Hal Ehwal Orang Asli Pahang. Antara tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada masyarakat orang Asli untuk lebih mendekatkan diri kepada Islam serta merapatkan ukhuwah sesama manusia sama ada yang baru mahupun yang sudah sekian lama memeluk Islam sebagai pegangan hidup. Di samping itu, ianya dapat memberi semangat, kelegaan dan sedikit keceriaan kepada anak-anak di kalangan mereka yang kurang berkemampuan untuk sama merasa sebagaimana kanak-kanak lain dan sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga.
Sumbangan yang dikeluarkan oleh Yayasan Taqwa (MAIWP) ini datangnya daripada wang zakat Baitulmal MAIWP (yang dipungut oleh Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Ini juga sebahagian daripada jelajah pihak Yayasan Taqwa (MAIWP) dalam melaksanakan programnya di seluruh negara. Selain itu, ia juga adalah sebahagian usaha, fungsi dan tanggungjawab Yayasan Taqwa (MAIWP) sebagai institusi yang menjalankan program/aktiviti terutamanya dalam bidang dakwah yang dapat memberi impak yang maksimum kepada semua termasuk golongan asnaf yang memerlukan terutama di luar Wilayah Persekutuan.
Mudah-mudahan dengan sumbangan kecil yang telah dihulurkan ini sedikit sebanyak mampu melahirkan generasi Islam yang prihatin pada masa akan datang yang cintakan ilmu pengetahuan dan agama Islam itu sendiri tanpa mengira kedudukan, harta, pangkat dan sebagainya.
Adalah diharapkan melalui usaha ini, secara tidak langsung akan turut menyemarak semangat para pembayar zakat untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing, agar jumlah kutipan zakat di Wilayah Persekutuan akan turut bertambah dari masa ke semasa demi menjaga kemaslahatan ummah bersama.
|
Sebahagian warga masyarakat orang asli Kampung Sg. Kuching Jerantut yang hadir |
Sekitar Majlis Perasmian : Y.Bhg Datuk Che Mat Bin Che Ali memberi ucapan aluan, kata-kata nasihat dan seterusnya merasmikan majlis ini. |
|
Pengurus Besar (YT) Y.Bhg. Tuan Haji Ahmad Ayob Bin Haji Ibrahim memberi ucapan aluan dan taklimat ringkas |
Penyampaian sumbangan hamper makanan asas kepada setiap ketua keluarga |
|
Sekitar majlis kenduri rakyat |
Sumbangan beg sekolah kepada pelajar Tadika Sg. Kuching |
|
Di antara acara sukaneka yang dijalankan
|
Tidak lepas peluang – Datuk Pengarah JAWI dan Pengurus Besar(YT) bergambar bersama sebahagian penduduk kampung dan tetamu yang hadir |