25 ogos 2011 Majlis Ihya' Ramadhan Bersama Fakir Miskin, Anak Yatim, OKU, Warga Emas di Kapar Selangor

Cetak PDF
DSC_0703

Penyerahan replika cek yang disampaikan oleh YBhg. Puan Sri Datin Seri RajminBt Rashid kepada YB. Dato’ Haji Abd Rahman Bin Palil.

KAPAR, SELANGOR – 25 Ogos 2011- Satu Majlis Ihya’ Ramadhan Bersama Fakir Miskin, Anak Yatim, OKU, Warga Emas dan Ibubapa Tunggal bagi Kawasan Kapar telah diadakan di Galeri Sementa, anjuran Yayasan Taqwa (MAIWP) dengan kerjasama Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia Negeri Selangor. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Haji Abd Rahman Bin Palil, ADUN Sementa. Majlis tersebut turut diserikan lagi dengan kehadiran hampir 400 orang tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk jemputan khas terdiri dari YBhg. Puan Sri Datin Seri Rajmin Bt Rashid, Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa (MAIWP), Tuan Haji Ahmad Ayob Bin Haji Ibrahim, Pengurus Besar Yayasan Taqwa (MAIWP) dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat. Majlis Ihya’ Ramadhan Bersama Fakir Miskin, Anak Yatim, OKU, Warga Emas dan Ibubapa Tunggal Daerah Machang 2011M/1432H telah selamat dilancarkan dengan penuh keceriaan dan kesederhanaan. Bagi Program Ihya’ Ramadhan kali ini, Yayasan Taqwa (MAIWP) telah memperuntukkan sumbangan hamper bernilai RM70 beserta wang saku berjumlah RM 100 seorang untuk diagihkan kepada 200 orang para penerima yang terdiri daripada kategori fakir miskin, anak yatim, OKU, warga emas dan ibubapa tunggal yang berada di sekitar Kawasan Kapar. Oleh yang demikian sejumlah hampir RM34,000.00 telah diperuntukkan untuk Majlis Ihya’ Ramadhan Bersama Fakir Miskin, Anak Yatim, OKU, Warga Emas dan Ibubapa Tunggal Kawasan Kapar 2011M/1432H pada kali ini.

 

 

DSC_0736
YBhg. Puan Sri Datin Seri Rajmin Bt Rashid dan YB. Dato’ Haji Abd Rahman Bin Palil. menyampaikan sumbangan hamper kepada salah seorang OKU yang diiringi oleh Y.Bhg. Tuan Haji Ahmad Ayob Bin Haji Ibrahim(Pengurus Besar Yayasan Taqwa)

Antara tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi galakan dan dorongan serta membantu mereka yang kurang berkemampuan tersebut agar dapat membuat persiapan menyambut hari lebaran yang akan datang dan sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka. Dalam erti kata lain, masih ada yang prihatin akan masalah yang mereka hadapi. Sumbangan yang dikeluarkan oleh Yayasan Taqwa (MAIWP) ini datangnya dari sumber wang zakat Baitulmal MAIWP (yang dipungut oleh Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Ini juga sebahagian daripada usaha, fungsi dan tanggungjawab Yayasan Taqwa (MAIWP) sebagai institusi yang menjalankan program/aktiviti yang dapat memberi manfaat maksimum kepada golongan asnaf yang memerlukan terutama di luar Wilayah Persekutuan. Semoga kutipan zakat di Wilayah akan terus bertambah dari masa ke semasa.

 

 

 

 

 

DSC_0725 DSC_0654
Diantara warga emas dan fakir miskin yang turut menerima bantuan Sebahagian daripada hampir 400 orang tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat